Rabu, November 19, 2008

Siapa tali barut ANwar dalam PAS

Menurut HJ.Saupi Daud (bekas Timbalan Pengerusi Perhubungan Keadilan Kelantan dan Ahli Parlimen Tanah Merah yang sekarang berada didalam PAS) pada tahun 1998 setelah Anwar Ibrahim dipecat dari jawatan dalam UMNO dan TPM Malaysia,dia telah diminta oleh Anwar untuk mengadakan road show bersama Saifudin Nasuition dan Datuk Husam Musa. Soalnya kenapa Anwar meminta Husam Musa dan tidak orang lain didalam PAS, adakah Husam telah dididik oleh Anwar sejak sekian lama untuk membantu kerjaya politik Anwar melalui Parti PAS?
orang cakap Anwar Ibrahim telah berjaya menjadikan Husam Musa sebagai proksinya di dalam PAS, sehingga di gelar ketua kumpulan Erdorgan dalam PAS dan hampir memporak-perandakan PAS (bukan saya kata tapi blog antihusam kata), terfikir di fikiran kita adakah Husam Musa sudah cukup di tarbiah oleh PAS sehingga lebih mengutamakan orang lain selain pemimpin PAS isitu Presiden Tuan Guru Haji Hadi Awang.


Apakah motif disebalik gesaan pentarbiahan semula dikalangan ahli PAS setelah kemenangan besar diraih oleh PAS pda pilihanraya ke 12 lalu, dan kenapa Azizi Abdullah mengatakan orang2 PAS seolah-olah tidak solid PAS kerana lebih percayakan Anwar/PKR dari Presiden PAS. Siapa sebenarnya duri dalam daging PAS, adakah Husam, Kamarudin ataupun Khalid Samad? kesemua nama-nama tersebut jelas lebih Pro Anwar mengalahkan ahli PKR sendiri.


Bila Anwar mendedangkan tarikh 16 september siapa orang dalam PAS yang beria-ia menyetujui apa yang dikata Anwar, apa motif mereka ini menyokong Anwar ingin jawatankah atau telah dijanjikan sesuatu oleh Anwar? Umum hairan dan pelik kenapa Presiden PAS mengatakan beliau tidak ingin menjadi PM Mat Jenin, dan kenapa Pesuruhjaya PAS Terengganu, seolah-olah mengkritik pelan 16 September Anwar.Sedangkan MB Kelantan menerima apa yang dikata Anwar, rasanya orang PAS tahu siapa disebalik kata-kata MB Kelantan?


Tidak pernah terbayang dikalangan ahli PAS yang tegar, Anwar dengan mudah menyusup masuk dalam PAS melalui proksi yang dilantiknya untuk mengukuhkan cengkaman politiknya.


Seharusnya PAS berterima kasih kepada Pesuruhjaya PAS terengganu yang dianggap tersalah lantik oleh orang PAS untuk menerajui PAS Terengganu, jika tiada ingatan orang terengganu ini munkin PAS akan hanyut bersama impian MAT jenin Anwar.,

0 ulasan: