Jumaat, November 21, 2008

DAP PERLEKEH MELAYU ISLAM, Di MANA ANWAR?

Bila Lim kit Siang bertanya di Dewan Rakyat adakah orang Cina boleh menjadi PM di Malaysia, kita sudah dapat melihat dia cuba menjadi hero di kalangan orang Cina lagi. Bila kita menelusuri laman blog beliau, hati penulis cukup terguris adakah benar orang Melayu Islam ini sebegitu teruk seperti yang digambarkan oleh pelbagai komentar dari penyokong DAP. DAP menganggap UMNO parti perkauman tetapi apabila kita membaca tulisan beliau dan komen2 yang disiarkan penulis merasakan DAP lebih perkauman kerana artikel mereka jelas boleh menghiris hati orang Melayu Islam di Malaysia.

Bila saya tanya kawan saya dari PAS, ada ke mereka membaca artikel di blog Lim Kit Siang atau mengikuti apa yang dibahaskan oleh perwakilan DAP pada persidangan DAP yang lepas, rata2 mereka menjawab tidak pernah mengikuti dengan memberi alasan Anwar akan jaga DAP. Terkedu saya mendengarnya, orang lain begitu berani memperlekehkan orang Melayu dan Islam. Orang Melayu masih lagi toleran sebegitu rupa sehingga masih mengharapkan Anwar. Anwar tu Mr. Sivaji (macam hero dalam cerita Tamil) agaknya pada semua rakyat Malaysia sekarang ni agaknya.

Tetapi Mat Sabu Naib Presiden PAS pernah berkata , Anwar hanya berkesan menarik undi bukan Melayu dalam Pilihanraya lepas. Dakwaan Naib Presiden PAs itu ada kebenarannya kerana di kawasan majoriti Melayu total seperti di felda atau perkampungan Melayu undi kepada PAS dan PKR hanya melonjak sedikit sahaja. Maknanya UMNO masih di hati orang Melayu. Di sini adakah wajar semua perkara diletakkan di bahu Anwar sahaja. Adakah orang sebagus Zulkifli itu pun tidak layak diangkat pemimpin gara-gara dia berani membela agama islam.

Suatu ketika dahulu DAP sering mengatakan PAS/Islam itu ekstrim sekarang mendondangkan Melayu pula rasis. Adakah Lim Kit Siang itu tidak rasis? begitu juga Teresa Kok, sejak bila Lim Kit Siang atau Teresa Kok membela orang Melayu, yang dibelanya adalah kepentingan orang Cina sahaja. Kalau benar dia ingin wujudkan Malaysian Malaysia apa perlu sekolah aliran Cina di Malaysia. Sampaikan tulisan jawi yang merupakan tulisan asal bahasa Melayu di papan tanda jalan pun minta ditukarnya, Itu tak termasuk isu papan tanda di Pulau Pinang.

Sekarang saya ingin bertanya di mana Anwar untuk meredakan isu ini, semakin hari isu perkauman semakin menjadi2 diutarakan oleh DAP sehingga boleh menggugat keharmornian rakyat Malaysia. Kesabaran Melayu pun ada hadnya, bila melihat satu persatu institusi Melayu dan Islam dipersendakan oleh DAP atas dasar persamaan hak. Agaknya hak apa yang mereka tidak boleh lagi nikmati di Malaysia ini, warganegara sudah diberi, berpolitik pun dah diberi, menggunakan budaya dan bahasa nenek moyang pun dah diberi, ekonomi pun sudah mereka takluki, apa lagi yang mereka nak agaknya.

Di Perak orang Cina mendapat hadiah besar menjelang Ramadan apabila Kerajaan Negeri bersetuju memberi tanah kepada sekolah persendirian cina. Saya bukan tidak setuju dengan memberi bantuan kepada institusi pendidikan Cina, tetapi adakah wajar diberi kepada sekolah persendirian yang tidak mengikut sepenuhnya dasar pelajaran kebangsaan. Kebiasaanya sekolah persendiriaan mempunyai lembaga pengarah terdiri daripada orang2 Cina yang kaya, berbanding sekolah agama rakyat yang hanya terdiri daripada pakcik dan makcik penoreh getah sahaja. Haruskah sekolah persendirian itu ditolong? dan membiarkan aliran pendidikan Cina berkembang di Malaysia.
Ketidakbijaksanaan orang Melayu dan islam dalam menyelesaikan politik tawar menawar ini sebenarnya mengakibatkan orang melayu islam sendiri ketinggalan suatu hari nanti dan mungkin akan dipersalahkan oleh cucu cicit kita di masa akan akan datang.

2 ulasan:

Cheguman berkata...

Assalamualaikum,
Saya setuju dengaan pendapat saudara tentang sekolah SJK. Bagi saya peruntukan kepada sekolah-sekolah tersebut akan menyuburkan lagi perasaan perkauman dalam kalangan rakyat Malaysia.

Barangkali sudah sampai masanya kerajaan mengubah dasar tersebut dan kembali pada kemurnian semangat perlembagaan.

tukang taip berkata...

Terima kasih, seharusnya apa yang dikatakan dalam penyata Rahman dan penyata Razak di ditekankan.