Ahad, November 23, 2008

Anwar Ibrahim dan penjual ubat Buasir

"Mari-mari semua, ubat ni bagus untuk Buasir, bagus untuk pengedaran darah bagus untuk wanita, bagus untuk lelaki, Dr. pakar tak boleh ubat buasir tapi ubat ni boleh" itulah antara kata-kata yang tersembur daripada mulut penjual ubat di halaman Masjid di Ampang.


Sebelum ini halaman Masjid tersebut hanya di isi oleh penjual makanan dan minuman, cuma akhir-akhir ini penjual ubat tradisonal pun dibenarkan berniaga di halaman masjid.


Bila saya memerhatikan gaya penjual ubat itu menarik orang ramai dengan retorik tersendiri penulis teringat kepada gaya Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) DS Anwar Ibrahim.


Anwar Ibrahim mencanangkan ekonomi Malaysia teruk dan salah diurustadbir oleh orang yang tidak berkaliber. Beliau mendendangkan retorik seperti hanya beliau pandai dalam hal ehwal ekonomi. Walaupun sudah terbukti dia hampir menjerumuskan negara ke dalam kantung IMF suatu kegawatan ekonomi 1997/98 dahulu, sebelum sempat di selamatkan oleh Tun Dr. Mahathir.

Hari ini dia masih mengadu-dumba dengan mengatakan bahawa hanya dia yang terbaik, tak ubah seperti penjual ubat Buasir di tepi jalan. Walaupun rekod membuktikan dia hanya pakar retorik semata-mata.

Kalau tidak percaya tengoklah cara dia mengendalikan permasalahan perbezaan antara DAP, di depan orang Cina dia bercakap mengenai keadilan dan hak asasi dan kesamaan, di depan orang PAS dia akan bercakap mengenai ISLAM yang perlu di daulatkan. Tapi realitinya sejauhmana negeri dikuasai Pakatan Rakyat mendaulatkan Islam.

Perkara yang menjadi keutamaan adalah membina kandang Babi Mega, melantik orang bukan Melayu/Islam mengetuai agensi yang ditubuh untuk membantu Melayu Islam, memberi peruntukkan kepada sekolah bukan aliran kebangsaan dan memperlekeh bahasa kebangsaan serta institusi Islam.

Tidak pernah terjadi orang bukan Islam sebegitu berani mengkritik keputusan majlis Mufti, mempertikai hak dan kedudukan bumiputera dan agama islam, tapi yang nyata sekarang ini NGO sudah semakin berani, adakah wujud suara halus di belakng mereka sehingga mereka begitu berani?

Perkara yang lagi menyedihkan ialah sudah wujud pandangan mengatakan orang Melayu juga bukan penduduk asal di negara ini dan status Melayu adalah sama dengan orang bukan Melayu. Adakah Anwar Ibrahim tidak sedar perkara ini? bukankah dia merupakan orang kuat persatuan bahasa di UM suatu ketika dahulu.


3 ulasan:

Che Moq™ berkata...

salam,

hehe..saudara faizal mesti tak sersangka jika anwar menjual ubat buasir di situ pasti meja pun tak tinggal dibeli kerana dia tukang karut auta yang terbaik dalam sejarah..mari-mari beli ubat buasir..sekali liwat pasti berdesir..

Tanpa Nama berkata...

che moq..agaknya ramai ke yang jadi beli ubat buasir dia tu

Tanpa Nama berkata...

Cuba kau baca berita ekonomi dunia luar, baru kau tahu ekonomi Malaysia semakin parah ke ataupun semakin baik seperti yang dicanang2kan oleh najib n pak lah. Baru kau terkejut nanti apabila perkara2 yang dicanang2 oleh najib n paklah semuanya tak betul dan merapu (semua untuk nak tutup kelemahan pemerintahan diorang)