Isnin, November 24, 2008

Resolusi Sidang Parlimen Blogger 23 November 2008 berkaitan isu harga barang khususnya di Sabah dan Sarawak

Bloggers Pembela Negara yang bersidang secara maya pada 23 November 2008, jam 9.00pm-10.00pm atas tajuk :

“Bagaimanakah kita boleh membantu Sabah, khususnya dan semua negeri umumnya bagi merendahkan harga barangan?”
Kami telah mengenalpasti bahawa kegagalan menurunkan harga barangan walaupun kerajaan telah menetapkan harga siling dan menurunkan harga petrol adalah disebabkan sikap para peniaga, dan bukannya kerana masalah kos terutamanya kos pengangkutan, termasuk di Sabah.
Justeru, kami dengan sebulat suara mengusulkan:

1. Para petani dan pengusaha produk asas tani diberi insentif khas sebagaimana para pesawah dan nelayan. Insentif ini boleh diberikan berdasarkan produktiviti mereka. Contohnya, jika mereka mengeluarkan sayur kangkung bernilai RM10 maka kerajaan patut membayar insentif sekurang-kurangnya 50% iaitu berjumlah RM15 kepada petani tersebut. Oleh itu, mereka mendapat tambahan pendapatan yang meninggikan kuasa membeli mereka.
2. Kedegilan pihak pemborong di Sabah untuk menurunkan harga barangan keperluan dikenalpasti sebagai akibat kurangnya persaingan daripada pemborong lain. Selama ini para pemborong sedia ada telah memonopoli pasaran dan membina rangkaian tersendiri sehingga berupaya menentukan harga secara sewenangnya. Oleh itu kami mengesyorkan para pemborong daripada kaum lain termasuklah kaum India-Muslim untuk menyertai pasaran di Sabah.
3. Kerajaan perlu melantik syarikat GLC bagi mewujudkan rangkaian pengedaran bagi memberi saingan kepada pemborong sedia ada. Persaingan yang sihat akan memberi lebih pilihan kepada pengguna dan mampu mengawal kualiti serta harga pengguna.
4. Pihak kementerian iaitu KDNHEP perlu menguatkuasakan semua peraturan dan ketetapan yang telah diputuskan oleh kerajaan.
Kami akan menyiarkan resolusi ini di setiap blog kepunyaan Bloggers Pembela Negara (BPN) bagi menarik perhatian orang ramai untuk turut serta memperjuangkan perkara ini.
Kami percaya apabila usaha ini dibuat secara kolektif dan bersepadu, pihak kerajaan akan terpanggil untuk melaksanakannya.
Oleh itu, adalah lebih baik pihak-pihak yang terlibat segera mengambil tindakan menurunkan harga barang agar perkara ini dapat diselesaikan dengan cara yang baik.
Sekian terima kasih.

Disediakan oleh :
CHEGUMAN ( BLOGGER WAADAT )
http://waadat.blogspot.com

3 ulasan:

Cheguman berkata...

Saudara Faizal,
Tahniah kerana saudara mengambil keputusan untuk bersama sekalian aktivis Bloggers Pembela Negara yang kini berada setapak di hadapan. Saudara juga adalah perintis denai yang tidak gentar keluar berjuang. Kiri dan kanan saudara hanyalah semak samun yang harus ditebas-tebang. Apa perlu dirisaukan? Perjalanan perlu diteruskan. Di hujung nanti ada padang yang wajib didatangi dan perhimpunan yang pasti dihadiri. Kita hanya menyambung tugas Rasulullah: MENYAMPAIKAN.

Perjuangan ini tidak pernah selesai dan KITALAH PENERUSNYA

Panglima Perang Cyber berkata...

Pokok Tua tetap ada guna !

pastikan tugas kita sentiasa berusaha dan menyerahkan segala natijah usaha ini kepada ALLAH YANG MAHA ESA.

Serulah namaNya dalam tiap baris kata kata suara di alam siber kita.

Pasti akan hancurlah kezaliman dan kemunafikan serta kekufuran yang telah lama menunggu dihancurkan oleh kumpulan yang ikhlas berjuang demi agamanya bangsanya dan negaranya yang tercinta...

Salam.

Moga kekal dan tsabat dalam perjuangan ini.

AbgTuah berkata...

Salam perkenalan,

Artikel posting yg baik, berilmiah menambah pengetahuan. Teruskan usaha tuan.

Dari http://abangtuah.blogspot.com ahli BPN.