Isnin, Disember 22, 2008

PAS kucar kacir dalam memilih calon PRK, kenapa ?

"Kita sudah ada calon...dalam poket saya, Insya-Allah...tunggu 1 Januari depan (kita umumkan)," kata Presiden PAS selepas mempengerusikan mesyuarat khas Jawatankuasa PAS Pusat di Pusat Tarbiyah PAS Kuala Terengganu hari ini. (dipetik dari Malaysiakini).

Walaupun pada mulanya diwawarkan PAS akan mengumumkan calonnya sehari selepas Barisan Nasional mengumumkan calonnya. Tetapi jangkaan itu meleset, agaknya apa muslihat PAS menunda tarikh pengumunan calon tersebut. Adakah PAS sedang mengalami masalah menentukan calonnya hingga terpaksa dianjak ke satu tarikh lain.

Adakah benar PAS sedang bergolak sekarang, gara-gara ada tangan lain yang inginkan calon pilihan mereka?


PAS Terengganu yang dikenali dengan golongan Pro-Muhabalah dengan UMNO nampaknya diasak sebegitu rupa oleh geng Erdogan, sehingga Ketua Dewan Pemuda Pas Negeri, Azman Shapawi Abdul Rani menolak mentah-mentah cadangan Mursyidul AM PAS yang ingin mencalonkan Mat Sabu.

Kata-kata Azman Shapawi tersebut telah menyebabkan beliau dianggap celupar oleh bloggers pro-erdogan sepeti al-Husseyn kerana memperlekehkan pandangan Mursyidul Am PAS yang dianggap punya kuasa pemutus dalam Parti.


Pergeseran ini diburukkan lagi apabila undian yang dibuat oleh beberapa laman pro PAS menunjukkan Mat Sabu menjadi Pilihan bloggers dan pengunjung. Malah laman http://prk036.pas.org.my yang diwujudkan khas oleh PAS juga menunjukkan Mat Sabu menjadi pilihan utama pengunjung.

Calon PAS Pilihanraya Kecil Parlimen KT Pilihan Anda ?
Bekas Calon Lepas (Tuan Hj Mohammad Sabu)
402 54.8%

Salah seorang ADUN PAS dalam Parlimen KT ( Dato’ Tengku Hasan Tengku Omar, Hj Mohd Abdul Wahid Endut, Y.B. Dr Syed Azman Syed Ahmad)
147 20%

Calon Muka Baru - Rahsia ??? (Professional/ Akademik)
134 18.3%

Calon Pemuda PAS Terengganu ( Azman Shapawi Abdul Rani, Arifin Deraman, Wan Sukhairi Wan Abdullah)
28 3.8%

Pimpinan Veteran / Wakil Rakyat ( Dato' Haji Mustafa Ali, Dato' Wan Mutalib Embong)
18 2.5%

Jumlah Pengundi
: 734


Soalnya sekarang adakah Presiden PAS sudah terjerat dengan kata-katanya sebelum ini, apabila mengatakan PAS bersedia menimbang calon pilihan bloggers untuk diangkat menjadi calon, walaupun PAS Terengganu seperti dinyatakan Azman Shapawi lebih sukakan calon tempatan.
Kemungkinan faktor Anwar juga turut memainkan peranan dalam menentukan calon PAS memandangkan berlaku kekalutan yang begitu luar biasa dalam pemilihan calon PAS pada kali ini. Umum mengetahui anwar begitu beria-ia menjadi Perdana Menteri, dan sudah tentu calon yang dikehendakinya adalah pro kepada beliau. Bagaimana agaknya PAS terengganu dapat menangkis permintaan Anwar ini.

Sesungguhnya pilihanraya kali ini akan menjadi medan tempur antara geng erdogan dan golongan Ulama/pro muhabalah dalam PAS untuk membuktikan kekuatan dan kepintaran masing-masing. Yang pasti Anwar akan tersenyum dan akan mengambil peluang hasil percaturannya.

3 ulasan:

Mohd Farid Bin Mohd Taufik berkata...

Salam perjuangan BPN>.....

Pas kini memang kucar kacir

Bloggers Pembela Negara berkata...

Salam ziarah !!

Semoga perjuangan menyatukan umat Melayu Islam ; Umat Rasulullah menjadi asas perjuangan !!

Bersatu Teguh Bercerai Roboh.

selamat berjuang !!

Mohammad Roslan berkata...

Salam,
PAS...mempunyai ajenda tersembunyi...menunjukkan Parti ini tidak lagi bergantung pada kewibawaan calon yang dipertengahkan tapi penguasaan sepenuh parti terhadap calon itu sendiri.UMNO tidak membuat homework betul dengan PAS selepas PR12..sama juga di Permatang Pauh.Sayang kalau kempennya juga sama seperti Permatang Pauh..tak tahulah nasib calon BN ini?.UMNO sepatutnya pulihkan parti secara total dan menunjukkan pada rakyat mereka dah pun berubah...perubahan inilah rakyat tunggu-tunggu!Bukan faktor calon.Walau kita elalu kata PAS telah berpecah pada dua tapi mereka kini dalam perubahan mengubah dan memberi peluang pada dua pihak dimana yang sokong golongan ulamak di ketuai oleh T.G.Hj.hadi dan juga golongan muda dipimpin oleh Husam.Tetapi partinya satu ia Itu PAS!.Tapi di Umno kita tidak mempunyai pilihan.Golongan UMNO yang tidak mengundi pada UMNO di PR12 masih tidak nampak peluang perubahan ini di parti.Ini yang mengusarkan penyokong UMNO.UMNO perlu pro-aktif dalam perubahan dasar parti...walau pun DSN di tonjolkan pada bulan Mac ini tapi penyokong UMNO masih keliru bakal perubahan yang akan dilakukan oleh Najib.Najib masih lagi dibawah bayang Pak Lah tak upaya membuat perubahan yang ketara...berkempen menggunakan dasar yang lama tak akan kembalikan keyakinan ahli UMNO dan apa lagi rakyat!.Walau macam mana pun ahli-ahli dan penyokong UMNO perlu kerja kuat untuk menyakinkan rakyat bahawa UMNO akan berubah dan bukannya sama seperti UMNO di PR12...allahuwualam..wassalam.