Jumaat, Disember 19, 2008

Lim Guan Eng nak laksana program amal ma`aruf nahi mungkar?

Bila Lim Guang Eng dilantik menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang oleh Pakatan Rakyat, antara ayat terawal diucapkan oleh Ketua Menteri tersebut ialah melaungkan perkataan Amal Ma`aruf Nahi Mungkar, pada ketika itu semua orang PAS begitu teruja kerana orang DAP boleh bercakap bahasa arab yang hanya biasa dituturkan oleh orang PAS. Masa itu juga orang PAS menjaja kemuliaan Lim Guang Eng kerana Ketua Menteri itu ingin menjadi seperti pemimpin Umar Abdul Aziz seorang khalifah islam sewaktu pemerintahan bani Umayah.

Pada masa itu segala kata-kata khalifah Lim Guang dipuji dan di kod-kan orang PAS, seolah-olah Lim Guang Eng pun dah jadi khalifah, sehingga orang UMNO dikutuk sebegitu rupa kerana dianggap tidak pernah mengucapkan perkataan Amal Ma`aruf Nahi Mungkar.

Bermula esok Lim Guang Eng akan memulakan program usrahnya di New World Park dan berakhir di Queensbay Mall pada 27 Disember, progran usrah ini dinamakan I-dance, yang peliknya orang PAS Pulau Pinang sudah tidak setuju lagi. Maka dilakukan demonstrasi pada hari ini dan juga minggu lepas. Jika PAS tidak setuju siapa yang setuju? maknanya adakah Timbalan Ketua Menteri yang bernama Fairuz tu dan Exco Melayu beragama islam dari PKR jadi tukang angguk sahaja dalam kabinet negeri pimpinan DAP.




"Jika kerajaan negeri ingin meneruskan tarian jalanan itu, maka kami tidak mempunyai pilihan selain mengadakan protes jalanan... ini baru adil untuk kerajaan dan umat Islam di negeri ini". kata ketua Dewan pemuda PAS Pulau Pinang iaitu Mohamed Hafiz Mohd Nordin, beliau juga berkata:


"Kita tidak menghalang kerajaan negeri untuk menganjurkannya tetapi syaratnya jangan libatkan remaja Islam.
"Kalau nak buat untuk bangsa dan agama lain, silakan," kata beliau kepada pemberita selepas mengadakan demonstrasi membantah penganjuran tarian itu di sini.


"Kami telah melayari laman-laman web berkaitan dengan I-Dance dan mendapati ada elemen-elemen yang boleh menyebabkan masalah sosial di kalangan golongan muda," katanya seperti dipetik Mstar.


Nampaknya orang parti PAS tahun dah tertipu dengan solgan Amal Ma`aruf Nahi Mungkar Lim Guang Eng, sementara PKR dah jadi Pak Angguk kepada DAP, sedangkan Anwar bercakap ingin mendaulatkan Islam di Malaysia, agaknya yang ingin dilaksanakan Anwar ialah islam versi PKR dan DAP lah kot. Kesian PAS tak habis2 ditipu...

1 ulasan:

LEKIR berkata...

Assalamualaikum,

Bagus,macam ni lah Pas yang kita hendak

Tak takut perjuangkan agama walaupun terhadap Pakatan sendiri