Rabu, Disember 03, 2008

isu sekolah satu aliran siapa lebih perkauman?


Bila Mukhriz cadang sekolah satu aliran semua orang mengamuk, orang cina DAP buat laporan Polis, orang India melenting, orang PAS mengkritik. Tapi yang peliknya bila tanya siapa nak jadi Perdana Menteri Malaysia semua nak jadi, cuba tanya Lim Kit Siang kompen dia angkat tangan terlebih dahulu, kalah Anwar Ibrahim.


Perlu lagi ke sekolah sebegini wujud di Malaysia


Salah ke bila Mukhriz mengemukakan pandangannya, sesudah kita terperangkap dengan sebegitu lama dengan sekolah pelbagai aliran sehingga menjadikan kita bercelaru. Rasanya tak ada negara dalam dunia ni yang mempunyai sebegitu banyak aliran dalam pendidikan. Begitu tolerannya Malaysia itu pun masih dikata perkauman oleh bukan Melayu,sekarang sudah jelas siapa lebih perkauman.


Penulis merasakan generasi bukan Melayu pun bersetuju dengan sekolah satu aliran, yang tidak setuju adalah generasi tua spesis Lim Kit Siang takut kebudayaan mereka terhapus. seharusnya dalam umur negara kita sudah mencapai 50 tahun, persoalan kebudayaan kaum sudah terhapus dan sudah luput dalam pemikiran. Bak kata Chew Mei Fun kita bersama sama membangunkan negara ini.


Perbezaan sitem pendidikan di Malaysia menyebabkan orang Melayu, Cina, dan india gagal memahami perbezaan antara budaya, kesannya mereka akan hidup dalam kelompok mereka sendiri dan mengamalkan budaya dan bahasa mereka sahaja. Kesannya persoalan kaum akan sentiasa meniti dibibir orang Malaysia. Ini yang menyebabkan semangat kecinaan dan keindiaan begitu menebal sehingga lebih tebal dari orang Cina di China dan orang India di India.

sekali tengok macam kat negara China dua kali tengok rupanya kat Malaysia


Cuba baca The Star "MIC urges A-G to take action against Mukhriz", baca Malaysiakini bertajuk "Mukhriz 'committed sedition' over vernacular schools" dan "DAP: Dakwa Mukhriz menghasut," kemudian The Nut Graph bertajuk "Political parties unite against Mukhriz" dan berita Malaysian Insider bertajuk "Pakatan and BN leaders condemn Mukhriz" orang PAS pula kata Sekolah satu sistem yang akan membunuh sekolah agama (Lidah Penghunus).


Orang PAS pula kata sekolah aliran boleh membunuh sekolah agama, penulis lansung tidak paham dengan orang PAS, setahu penulis sekolah aliran ni banyak wujud pada peringkat sekolah rendah sahaja dan sekolah agama dijalankan pada sebelah petang, di mana yang menjejaskan sekolah agama. Di Kelantan pun sekolah agama lebih kepada peringkat sekolah menengah, sekolah rendah agama tiada pun tidak seperti di Johor atau Selangor.

Orang Cina spesis Lim kit Siang beria-ia memohon kuota bumiputra dihapuskan dalam sistem pendidikan tapi bila kita desak sekolah Cina dihapuskan dialah penentang nombor satu. Bagi dia kepentingan Cina harus didaulatkan dan lebih penting dari kepentingan negara. Ini ke orang yang ingin menjadi Perdana Menteri Malaysia. Sekiranya benar dia seorang yang cintakan Malaysia persoalan perkauman seharusnya diketepikan dan bersama dengan kerajaan membangunkan negara. Tetapi yang jelas sekarang dia lebih perkauman dari semua orang di Malaysia.









3 ulasan:

keris panjang berkata...

sori ckp lah..bangsa kita ni terlalu pemurah sgt..mula2 bagi betis, pastu nk peha lak, dh bagi peha dia nk yg tu lak..haa bagi lg, bg lg, bg lg...pemimpin2 kita mmg tak mahu belajar dari sejarah! asik dgn agenda sendiri je..cuba tunjuk mana satu negara yg bagi begitu byk kebebasan pd bangsa pendatang ni..kat amerika ade ke sek cina, india? apa tak minta? takut kat ku klux klan ke?

Tanpa Nama berkata...

memang patut pun selaras.. jgn dok bagi muka dekat depa nie..

Tanpa Nama berkata...

Nampaknya lambat lagi untuk orang Cina dan India menjadi Perdana Menteri. Kerana dalam hal pendidikan pun masih bersikap asing dan ala pendatang. Patutnya diserap dalam sistem tempatan. Rata-rata kaum Cina dan India masih tidak berbahasa kebangsaan di rumah dan di luar rumah, maka inikah bakal-bakal yang akan menjadi Perdana Menteri Malaysia? Fikirkan.