Isnin, Disember 01, 2008

Fikrah berbeza haruskah UMNO dan PAS berpecah


Semenjak pasca pilihanraya ke 12 sehingga kini, dunia politik Malaysia masih lagi terumbang ambing, kedua pihak iaitu Barisan Nasional diketuai UMNO masih mengatakan mereka masih kuat sementara Pakatan Rakyat melalui Parti Keadilan Rakyat mengatakan mereka akan dapat mengetuai kerajaan pada bulan-bulan terakhir ini melalui sasaran terkini adalah penyertaan Ahli Parlimen daripada negeri Sarawak.

Perbalahan yang berterusan ini ibarat kata sesetengah penganalisis gajah sesama gajah berperang semut yang kecil akhirnya yang akan mati. Bermaksud dua pihak politik yang sama gagah bergaduh akhirnya rakyat yang menderita di tengah kekalutan ekonomi dunia yang semakin mengalami krisis, ketidaktentuan harga barangan dan peningkatan kadar jenayah di Malaysia.


Adakah wajar kita bertoleransi sehingga mengadaikan maruah kita

Bagi orang Melayu dan Islam keadaan lebih parah lagi, merujuk kata Timbalan Presiden PAS didalam sebuah akhbar berbahasa Melayu dulu, yang mengatakan ketuanan islam makin tergugat yang menjadi punca Islam PAS sanggup bermuzakarah dengan pihak UMNO. Kenyataan ini ada benarnya apabila generasi muda bukan Islam Malaysia pada hari ini agak lantang menjuarai isu yang dikatakan dikriminasi kepada mereka.

Demi kuasa pemimpin Melayu telah difitnah sebegini rupa, layakkah orang yang melakukan fitnah ini digelar orang yang beriman.

Mereka ini seoah-olah meminta kalau ada masjid dibina, gereja dan rumah ibadat lain harus dibina sama, begitu juga dalam kebanyakan amalan lain. Pandangan yang berbentuk demokrat sosialis ini dijuarai oleh parti DAP dan PKR sehingga sanggup menolak asas pembentukkan negara ini yang merupakan negara Melayu Islam.

Baru-baru ini saya berkesempatan berborak dengan seorang lelaki cina berumur sekitar 55 tahun dia berkata begini kepada saya:

"Awak tahu tak kenapa saya mengundi BN pada pilihanraya lalu? walaupun kesemua anak saya mengundi DAP dan PKR" . Saya tanya kembali kepada lelaki tua tersebut apa maksud beliau?

"Saya mengundi BN sebab saya tak nak situasi ketegangan kaum seperti pada hari ini berlaku,

Lu tengok orang Melayu dan Cina sekarang macam nak bergaduh, orang cina macam saya tahu ini bumi Tanah Melayu ada Raja dan peraturan mereka sendiri, kami kena hormat penduduk asal negara ini, lagipun kat Malaysia sahaja ada pelbagai bangsa hidup dalam satu negara".

Kenyataan lelaki Cina ini membuatkan saya terfikir adakah sistem pendidikan di Malaysia pada hari ini gagal dalam menceritakan sejarah sebenar asas penubuhan negara kita. Iaitu sejarah bumi ini memang milik orang Melayu dan Islam merupakan agama utama yang tidak boleh diperbandingkan dengan mana-mana agama sekalipun.

Pada hari ini orang bukan Islam semakin berani ingin menafikan hak agama islam sebagai agama rasmi di Malaysia, sebagai orang islam kita harus berdukacita mengenai perkara ini. Kesilapan ini berlaku mungkin disebabkan kealpaan kepimpinan Melayu beragama islam sebelum ini yang bertindak tidak secara adil kepada bukan Islam, kesannya orang bukan Islam menggangap Islam agama yang tidak adil kepada mereka. Yang menyedihkan lagi ada pula orang Melayu yang terlampau inginkan kuasa sehingga sanggup menjanjikan perkara yang boleh mengadaikan maruah orang Melayu dan Islam semata-mata demi meraih undi dan kuasa.

Jesteru itu seharusnya dua pihak utama yang melibatkan orang Melayu Islam di Malaysia iaitu Parti PAS dan UMNO harus mencari jalan untuk bersama dalam hal yang melibatkan kepentingan orang Melayu dan Islam. Kedua-dua pihak ini seharusnya jujur dan mengenepikan sentimen kepartian untuk mencari penyelesaian demi meninggikan martabat islam di Malaysia. Jika orang india bergama Hindu begitu berani menyuarakan pendapat mereka melalui HINDAF, dan orang Cina melalui pelbagai pertubuhan pendidikan dan kebudayaan Cina . Mengapa kita orang Melayu dan Islam asyik bergaduh dan hanya melihat sahaja maruah kita dipermainkan.


0 ulasan: