Isnin, November 10, 2008

orang Melayu Singapura boleh jadi PM?


Saya petik dari sebuah akhbar online di Singapura;

PEKERJA Melayu/Islam adalah golongan paling berisiko tinggi menghadapi pemberhentian kerja akibat kemelesetan berpunca daripada krisis kewangan sejagat.

Selain berkemahiran rendah, para pekerja Melayu juga paling mudah terdedah dengan kemerosotan ekonomi kerana mereka tidak mempunyai pendidikan tinggi atau kemahiran yang mencukupi.


Sehari sebelum itu, Perdana Menteri Singapura mengatakan ada kemungkinan orang Melayu akan menjadi Perdana Menteri di republik itu, ini kerana menurut beliau politik Singapura tidak sama dengan politik Malaysia yang berteraskan perkauman? benarkah dakwaan Lee Hsien Loong ini, adakah semata-mata nama parti memerintah tidak mewakili kaum, soal kaum dan bangsa tidak diambil kira dalam penentuan polisi parti pemerintah PAP di Singapura, begitu juga dalam parti warisannya di Malaysia iaitu DAP.


Pada saya kenyataan anak Lew Kuan Yew ini hanya ingin memainkan sentimen Obamaania sahaja diseluruh dunia. Kalau benar Politik Singapura tidak berdasarkan perkauman kenapa orang Melayu di Singapura di halang dalam banyak perkara, dan ketinggalan dalam banyak segi di Singapura.

Baru2 ini saya sempat berborak dengan kenalan saya seorang warga Malaysia yang berketurunan Cina yang pernah tinggal dan bekerja di Republik tersebut, beliau secara berterus terang kepada saya, adalah mustahil politik Singapura akan mengangkat orang Melayu menjadi pemimpin, ini kerana menurut kawan saya ini, polisi disana sebenarnya lebih banyak yang menguntungkan orang bukan Melayu. Meritokrasi yang digunakan hanya helah untuk mengendurkan kekuatan orang Melayu di Singapura. Menurut kawan kenalan saya ini orang Cina di Singapura ini sebenarnya takut sekiranya orang Melayu diangkat menjadi pemimpin di Singapura, dasar luar yang dirangka nanti akan lebih kepada pro Malaysia.






0 ulasan: