Jumaat, November 28, 2008

minuman keras = PAS tertipu dengan PKR

Agaknya apa yang PAS berfikir sekarang apabila orang Melayu yang mengaku beragama Islam di dalam PKR menentang cadangan PAS untuk mengawal penjualan minuman keras.
Dalam fikiran kita tindakan MB Selangor itu mungkin kerana ingin menjaga hati kaum bukan Melayu di dalam PKR dan DAP, tetapi bagaimana hati orang Melayu yang beragama Islam di Selangor adakah hati mereka tidak perlu dijaga?
Kebelakangan ini orang Melayu menjuarai permasalahan sosial, minuman keras diambil dan diteguk seumpama meminum air masak, dadah pil ektasi menjadi santapan harian, kelab malam menjadi seolah tempat ibadat di manakah maruah kita sebagai orang islam yang selalu mengatakan amal makruf nahi mungkar?

Kenapa Tony Phua (DAP) begitu beria-ia mengatakan PAS bongkak? adakah beliau bekerja sebagai jurucakap kilang arak. Sebagai wakil rakyat beliau harus memikirkan permasalan sosial bukan menjaga kepentingan tauke arak dan minuman keras.
Adakah wajar kawasan majoriti berpenduduk Melayu seperti Shah Alam wujud kedai 24 jam yang menjual minuman keras, agaknya siapa yang membeli minuman tersebut, yang menyedihkan lagi yang terlibat dalam urusniaga itu majoritinya adalah orang Islam.
Katakanlah kerajaan Pakatan Rakyat menguasai Putrajaya nanti adakah ini merupakan cerminan kepada corak pemerintahan kerajaan Pusat.
Adalah sewajanya Pimpinan PAS sekarang memikirkan adakah impian mereka ingin mendaulatkan Islam melalui berpakat dengan DAP dan PKR akan membuahkan hasil.

0 ulasan: