Selasa, November 25, 2008

Hindu Sangam sajalah uruskan Kelas Fardhu 'Ain

Setelah membaca kenyataan Hindu Sangam sepenuhnya di sini, Husin fahami "mereka" nampaknya lebih memahami agama Islam dari orang Islam. "Mereka" begitu faham sehingga ada si Jawa Kaprawi yang mengikuti pendirian "mereka".Kalau begitu, "mereka" pasti sudah baca, faham dan arif isi kenyataan fatwa sepenuhnya di sini. Jangan salah sangka. "Mereka" mungkin sudah beriman kepada tuhan yang esa.Dengan liputan demi liputan akhbar yang diberikan oleh Dewa Kali dan Mullah Muslim, dan rakyat boleh mengkritik habis-habisan, ini seolah-olah kerajaan Islam Hadhari seiring sejalan dengan keterbukaan sedemikian rupa dan ianya tidak salah.

Nampaknya "mereka" lebih layak dalam hal-hal hukum hakam agama dari ulama-ulama yang ada, dan perihal undang-undang artikel 11 lebih dari hakim-hakim yang memberi keputusan. Jika demikian, biarlah kita tukar anggota-anggota Majlis Fatwa Kebangsaan.Anggotanya layak dilantik Anwar Ibrahim (Pengerusi), Lim Kit Siang (Timbalan), Khalid Ibrahim (Jurucakap), Norhayati Kaprawi, Sister-in-Islam (Setiausaha), Zaid Ibrahim, Malik Imtiaz, Harris Ibrahim, Husam Erdogan, Tan Lian Hoe, Datuk A Vaithilingam, Hindu Sangam, dan wakil-wakil ugama Buddha, Kristian dan Sikh.


Barulah Bangsa Malaysia dan layak untuk mengaku, "I’m committed to multiculturalism, multiracialism."Apa pula fatwa mengenai air bir dan whisky? Kena tanya lawyer-lawyer Melayu atau Mamak tu. Mereka adalah orang-orang progresif yang pasti mahu lihat satu kemaskinian hukum hakam. Dengan ada Majlis Fatwa Kebangsaan baru, JAKIM pimpinan Menteri Hadhari wal Kretami harus memberi tauliah kepada Hindu Sangam untuk menjalankan kelas-kelas Fardhu 'Ain di Masjid-Masjid dan Surau-Surau seluruh negara.Pasti Hindu Sangam yang nampaknya pakar dan boleh memperkenalkan syllabus dan pedagogi pembelajaran baru dalam bab-bab sembahyang. Anak-anak dan kaum-kaum ibu akan diajar cara sembahyang baru ala yoga.





Dari kiri: Takbiratul Ihram, Berdiri, Ruku





Dari kiri: Iqtidal, Sujud






Dari kiri: Duduk antara dua sujud, TahiyatLepas sembahyang,





Hindu Sangam akan ajar ibadat-ibadat sunat baru ala yoga.


Wirid (kiri) dan doa (kanan)Ini lain-lain ibadah sunat ala yoga.Amalan ugama Islam akan lebih diseragamkan dengan agama-agama lain kerana telah mendapat persetujuan agama-agama lain. Majlis Fatwa Kebangsaan kira lebih kurang macam First Council of Nicasea.

Kalau Sadiq Sigaraga marah, dia kena jual. Tapi jika kita tak marah, kita yang kena jual. Dah sampai bab ugama "mereka" nak masuk campur.Eh eh eh ... Cobaan. Hoi! Ini bukan politik lah, ini betul-betul!
Nukilan Husin Lempoyang

0 ulasan: