Rabu, Disember 17, 2008

apabila MB Perak jadi boneka DAP

Apabila Tuan Guru Datuk Nik Aziz dilantik sebagai Menteri Besar Kelantan pada tahun 1990 selepas Pas dan parti Semangat 46 menguasai Kelantan, beliau menyatakan hanya ingin mengunakan kereta Proton Saga biasa sahaja sebagai kenderaan rasmi. Pada masa itu seluruh orang Kelantan dan orang Melayu berasa begitu kagum kerana ada Menteri Besar yang merendah diri sebegitu rupa. Walaupun akhirnya niat MB kelantan tersebut tidak boleh dilaksanakan atas beberapa sebab, sekurang-kurangnya Kerajaan negeri Kelantan masih mengunakan kereta nasional sebagi kereta rasmi.

Tetapi pada tahun 2008 apabila Menteri Besar Perak mengumumkan Perak akan menukar kereta rasmi kerajaan negeri, dan mengunakan kereta import sebagai kenderaan rasmi, apa sudah jadi dengan sifat rendah diri orang PAS. Mereka sudah tidak menjadikan MB Kelantan sebagai Idola lagikah, atau mereka hanya menjadi Pak Turut atau Boneka kepada DAP. Al-maklumlah di Perak sebahagian besar Exconya adalah orang DAP yang sejak dahulu memang tidak suka buatan air tangan orang Melayu.

Sebijak-bijak Nizar Jamaluddin pun terpaksa akur kehendak Ecxo kananya supaya keuntungan Proton menyusut dan syarikat yang diterajui orang Melayu itu rugi.Tidak taukah MB perak tersebut begitu ramai orang Melayu bekerja di kilang Proton yang terletak di Tanjung Malim, berapa ramai vendornya adalah terdiri daripada orang Melayu yang beragama islam sama dengan yang dianutinya. Kewujudan Proton telah menghasilkan begitu besar rantaiannya, dari golongan pekerja kilang proton sendiri, pengedar, vendor, mekanik dan ejen jualan, majoritinya adalah orang Melayu islam.

Apa guna orang PAS bercakap ingin membantu dan memperkasakan ekonomi orang islam tetapi orang islam di depan mata pun diabaikan. Logikkah alasan penukaran kereta disebabkan kos penjagaan kereta Proton Perdana adalah tinggi? rasanya MB perak sendiri pun mahir membaiki kereta dan tentu mengetahui mengapa kos penyelenggaraan sesebuah kereta boleh tinggi atau rendah.

Kalaulah Kilang Proton di Tanjung Malim boleh bercakap tentu kilang tersebut ingin keluar daripada bumi Perak dan mencari tempat baru apabila tuan tanah tempat ia didirikan sudah memperlekehkannya.

7 ulasan:

Panglima Perang Cyber berkata...

betul tu faizal... kita kena pertahankan proton..

hanya bangsa melayu sahaja bangga dengan proton kerana ia keluaran negara kita.

dan agama Islam juga berbangga dengan kelahiran kereta ini kerana ia melambangkan tahap kemajuan kita sebagai umatnnya..

saya turut mengulas perkara ini dan harap kita dpt sama2 kempen pertahanan proton !

tq

Captain Jack berkata...

Kereta Toyota bukanlah pilihan terbaik bagi menggantikan Proton Perdana yang masih berfungsi. Alasan boleh dibuat-buat. Seribu satu alasan boleh diberi bagi menggantikan kereta Exco yang sudah ‘tua’ kononnya. Persoalan yang PR kurang sedar ialah penyelewengan tetap satu kesalahan dan tidak boleh dikompromikan.

Membeli sesuatu untuk kegunaan segelintir wakil rakyat yang duduk di koridor kuasa negeri dalam keadaan ekonomi yang tidak mengizinkan seharusnyalah di ‘fatwakan’ sebagai menyeleweng. Saya rasa Pas harus melihat perkara ini dari perspektif agama tanpa tanpa memilih bulu.

Pas harus kembali ke asal. Penyelewengan parti lain tidak menghalalkan orang PR melakukan penyelewengan yang serupa. Ia sesuatu yang jauh tersasar dan rakyat tidak semudah itu percaya akan semua alasan karut-marut bagi menghalalkan pembelian yang tidak mengikut keperluan dan tuntutan keadaan, masa dan syariat

Salam Perjuangan

CJ

rezqeen hill berkata...

Orang PAS ni suke amek kesempatan..
Bile dia benci sorg tu btol² dia maki..
Tp bile sorg tu kata yg PAS ni bagus dan² plak puji melambung²..

Takde pendirian punye PAS..
Jgn perjuangkan Islam jika di mulut masih menghamburkn kata² nista

Tanpa Nama berkata...

Sokonglah barang buatan Malaysia....

Sesungguhnya kitalah yang patut mempertahankan kegemilangan proton...

kita patut bangga dengan pencapaian proton kini........

Ali Abdullah berkata...

Salam,

Orang jepun dan orang korea bermati-matian nak guna kereta berjenama diorang tu sendiri, sebab nak berlagak dekat orang asing yang barangan diorang itu pun setaraf orang putih punya.

Orang melayu pula bermati-matian nak guna kereta jepun dan orang putih, sebab nak bergaya dekat orang sendiri yang diorang tu jer yang mampu pakai barangan buatan asing punya..

LEKIR berkata...

Assalamualaikum,

Lekir perhatikan apa yang berlaku di Perak

Bangsa Cina diberi tanah hakmilik 999 tahun

dan terbaca macam-macam lagi

Kalau Pas Perak ikut Rasulllah s.a.w sudah tentulah pakai kereta yang jenama murah pun sudah cukup

Tanpa Nama berkata...

org omputih pun..pakai kereta jenama sendiri..yg kita ni,nape perlu pakai keta luar..keta sendiri yg dihasilkan oleh pemikiran anak2 melayu kita kan lebih baik..ape salahnye.. kite banggakan keluaran kereta negara kita sendiri..org indonesia pun,amik kereta dr kita..siap buat teksi lagi tu..yg kita..sibuk nak cr kereta dr luar...mm....dunia...dunia...

zealforce