Rabu, November 05, 2008

barack obama Malaysia? ada ke

Barack Obama telah sah akan menjadi Presiden Amerika Syarikat, sebenarnya tidak banyak harapan boleh diletak pada Presiden baru Amerika ini, kerana proksi Yahudi memang sudah lama menguasai politik Amerika, dan mustahil mereka akan membiarkan Obama meminggirkan mereka dalam membuat dasar untuk Amerika Syarikat. Cuma mungkin Obama hanya mengubah sedikit polisi luarnya berbanding polisi yang diamalkan oleh parti Republican.


Seluruh dunia mengalu-alukan kemenangan Obama termasuk di Malaysia, hingga ada yang mengharap aura Obama akan meniup cara politik baru di Malaysia iaitu tanpa membezakan ras dan perkauman.
Soalnya adakah politik di Malaysia dan Amerika sama, pada saya jauh berbeza sekali, di Amerika siapa yang menang, bahasa tetap sama, sistem sosial pun sama, mereka akan patuh pada perlembagaan , tetapi di negara kita satu parti menang mungkin akan ada yang berubah, termasuk memperlekeh bahasa kebangsaaan, dan perlembagaan lama yang telah digubal sebelum ini.




Di Amerika walaupun mereka berkulit hitam, mereka tetap menggunakan bahasa sama bukan macam di negara kita, nak cakap bahasa kebangsaan pun ramai yang tak pandai teruatama yang bukan Melayu, terlalu sayang kat bahasa ibunda aku rasa baik mereka duk kat negara asal mereka, boleh ke orang camtu kita nak undi dan diangkat jadi Perdana Menteri...korang pikir la sendiri..

Yang lagi mengarut ada pulak orang Melayu kita sanggup menjual maruah dan menjanjikan sesuatu yang tidak masuk akal semata-mata nak jadi PM, sampai tuduh kerajaan memerintah ni semua tak betul dan zalim, menyokong diwujudkan kesamarataan dalam beragama dan sebagainya. Boleh ke orang Melayu beragama islam cakap cam tu.
Yang paling kelakar lagi di depan orang Islam mamat ni akan cakap dia akan daulatkan Islam he he...tentu kelakar bukan.

INI la agaknya BArack Obama Malaysia yang sentiasa punya angan MAt jenin




0 ulasan: